fbpx

Banjir: 9 laluan ditutup di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berlaku kesesakan teruk di Lebuh Raya Persekutuan lebih 15 kilometer hari ini.

SHAH ALAM – Sebanyak sembilan laluan jalan raya di sekitar daerah ditutup akibat banjir yang melanda daerah ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superitendan Ramsay Anak Embol berkata, laluan tersebut melibatkan Persiaran Setia Alam menghala ke Meru dan memasuki daerah ini dengan hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Katanya, selain itu adalah Persiaran Jubli Perak Seksyen 19, Persiaran Permai, Persiaran Sukan di hadapan Management And Science University (MSU).

“Banjir turut menyebabkan empat lebuh raya terkesan iaitu Kilometer (KM)14.6 Lebuh Raya Persekutuan (Shah Alam ke Kuala Lumpur) dan Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dari arah susur Bulatan Jubli Perak ke Plaza Tol Seri Muda.

“Selain itu, KM 8.5 Lebuh Raya Baru Lembah Kelang (NKVE) di Plaza Tol Shah Alam serta Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) yang merangkumi bagi kedua-dua arah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, turut ditutup adalah Jalan Bukit Kemuning dari Persiaran Kuala Selangor ke Sri Muda.

Ramsay menjelaskan, setakat ini seramai 286 mangsa banjir termasuk 48 kanak-kanak telah ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Dewan Kemuning Utama, Sekolah Rendah Agama Padang Jawa dan Dewan MBSA Kampung Sungai Kandis Seksyen 36. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI