fbpx

Anak terkandas banjir, Nabila Huda teruskan tugas pengacara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA memaklumkan, Keisha terkandas di rumah neneknya yang dilanda banjir.

PETALING JAYA – Pelakon Nabila Huda mengakui hatinya tidak tenteram dan risau kerana anak kesayangannya, Keisha terkandas di rumah neneknya akibat banjir.

Nabila yang akan mengendalikan malam Anugerah Drama Sangat pada malam ini mengakui terpaksa berpura-pura okey ketika bekerja walaupun sangat bimbang dengan keselamatan anaknya.

Pelakon drama Diva Popular itu menerusi InstaStorynya sebentar tadi memaklumkan perkara tersebut selain memberitahu, kediaman neneknya juga sudah dinaiki air paras lutut.

Bagaimanapun, anak kepada legenda rock Amy Search itu tidak memaklumkan dengan jelas sama ada Keisha kini berada di rumah ibu atau ibu mentuanya.

“Perkara paling susah dalam karier saya adalah saya perlu berpura-pura okey ketika bekerja, di atas pentas, senyum dan ketawa tapi dalam hati, jiwa tengah memberontak.

“Risau yang teramat sebab Keisha terkandas di rumah nenek dia yang banjir. Rumah nenek saya juga sudah naik sampai paras lutut,” tulisnya.

Pun begitu, pengacara program Melodi itu bersikap profesional dengan menjanjikan hasil kerja terbaik selaku pengacara Anugerah Drama Sangat bersama rakan pelakon, Ain Edruce malam ini.

“Walaupun dalam emosi tak stabil, penuh kerisauan, hati risau, persembahan tetap perlu diteruskan.

“Saya boleh senyum dan ketawa dan saya tahu saya akan jalankan tugas dengan baik. Ya, itulah perkara yang paling susah,” katanya lagi.

Sejak semalam, beberapa kawasan di Lembah Klang mula dinaiki air selepas hujan lebat tanpa henti.

Kawasan di Klang, Selangor misalnya mula dinaiki air selepas dilanda banjir kilat di beberapa kawasan iaitu Telok Gong, Pandamaran dan Kampung Sungai Pinang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI