fbpx
SEORANG penumpang memakai seluar dalam sebagai pelitup muka semasa menaiki sebuah penerbangan di Florida. - TWITTER

Penumpang diusir dari pesawat, pakai seluar dalam jadi pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI, Florida – Seorang penumpang dipaksa keluar dari sebuah penerbangan di Florida, Miami  kerana bertegas memakai sehelai seluar dalam berwarna merah menjadi pelitup muka sebagai mematuhi peraturan Covid-19, lapor media tempatan semalam.

Adam Jenne, 38, diminta meninggalkan pesawat berkenaan sebelum ia berlepas dari lapangan terbang Fort Lauderdale.

Jenne memberitahu saluran berita tempatan, NBC2 bahawa dia mahu menunjukkan ‘kebodohan’ untuk memaksa penumpang memakai pelitup muka sedangkan mereka dibenarkan membukanya semasa makan ataupun minum di dalam pesawat. 

Klip video insiden semalam itu dirakam oleh seorang penumpang lain. Ia menunjukkan kru -kru penerbangan memaklumkan kepada Jenne bahawa dia tidak dibenarakan berada di dalam pesawat selagi bertegas memakai seluar dalam pada wajahnya.

Selepas berbincang panjang lebar, dia akhirnya meninggalkan tempat duduknya dan keluar dari pesawat berkenaan.

“Jika seluar dalam boleh melitupi muka, maka ia telah melakukan tugasnya sebagai pelitup muka,” kata Jenne. – AFP 

POPULAR