fbpx
ELYANA ketika menjalani rawatan kemoterapi baru-baru ini.

Elyana jadi inspirasi pesakit kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAWAN penyakit pembawa maut bukanlah satu hal yang mudah tetapi penyanyi Elyana berjaya menguatkan semangatnya berjuang untuk memastikan dirinya bebas daripada kanser.

Menguar-uarkan kepada umum bahawa dirinya telah bebas daripada kanser, perjuangan Elyana selama ini ternyata telah memberi inspirasi kepada ramai individu lain yang sedang berjuang melawan penyakit sama.

Rata-rata netizen kagum dengan semangatnya sepanjang berbelas tahun melawan kanser.

“Teruskan berjuang Elyana. Awak akan menjadi sumber inspirasi buat semua pesakit kanser. Rasa bangga melihat awak menang dalam perjuangan ini,” kata seorang netizen.

“Allahuakbar. Semoga Tuhan permudahkan semuanya dan doakan kami yang sedang bertarung kuat seperti awak juga Elyana,” luah seorang pengguna Instagram yang juga penghidap kanser.

Bukan sahaja netizen, Mizz Lahar juga turut rasa bangga dan terharu akhirnya penyanyi Tak Tercapai Akalmu ini berjaya mengawal sel kanser dalam badannya.

Teringat momen ketika rakan Mizz Lahar menghubungi Elyana yang seperti hampir menyerah kalah satu ketika dahulu tetapi kuat demi anak-anak.

MIZZ LAHAR: Suka Ayash Affan semakin membesar semakin comel. Anak Wawa Zainal pun comel yang amat!

POPULAR