fbpx

‘10 tahun abang pakai sari pun saya kenal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem terbaharu Senario kini dalam proses penggambaran. Diarahkan Aziz M. Osman, dikhabarkan judul filem berkenaan ialah Jaga Jaga Senariounion.

PETALING JAYA – Filem terbaharu menampilkan kumpulan lawak legenda tanah air, Senario yang dikhabarkan berjudul Jaga Jaga Senariounion arahan pengarah prolifik, Aziz M. Osman sedang dalam pembikinan.

Berita menggembirakan terutama buat penggemar ikon dunia komedi tempatan tersebut mendapat reaksi positif ramai peminat dalam laman Twitter yang rata-rata tidak sabar melihat Senario kembali beraksi sebagai satu kumpulan.

Ahli kumpulan Senario, Azlee atau nama lengkapnya, Mohd. Azlee Jaafar, 54, berkongsi sedikit perkembangan penggambaran filem berkenaan yang sedang dalam pembikinan.

“Filem terbaharu Senariounion dalam pembikinan hari ketiga. Arahan Aziz M. Osman atau Abang Long terbitan Botak Production. Syukur Ya Allah.

“Semoga Allah permudahkan. Amin. Yang seronoknya, para pelakon pun ‘reunion’ dan kru teknikal pun reunion. Mantap Aziz M. Osman,” kongsi Azlee seraya menyertakan sekeping foto di lokasi penggambaran dirinya bersama pelakon, Syanie berbaring di atas katil.

Disebabkan perkongsian ikonik serta menggamit nostalgia penonton itu, ramai dalam kalangan pengguna Twitter mula ‘menggeledah’ babak dan lontaran dialog daripada filem-filem lama Senario.

“10 tahun bang, abang pakai sari pun saya kenal (tertawa),” ciap seorang pengguna Twitter memberi rujukan dialog antara filem popular melibatkan Senario.

“Aku nak tahu watak papa Mustapha Kamal. Dari salesman (jurujual) kereta, sekarang mesti watak CEO Megah Holdings,” tulis seorang pengguna Twitter lain.

Senario yang dianggotai Azlee, Wahid, Lan Pet Pet, Saiful Apek, Yassin Yahya, Hamdan Ramli dan Ilyan Buang merupakan kumpulan lawak paling popular lewat tahun 1990-an.

Antara filem yang sangat dekat di hati peminat menampilkan kumpulan berkenaan ialah Senario The Movie, Senario Lagi dan Lagi-Lagi Senario.

Kumpulan Senario bersilih ganti keahlian sejak ditubuhkan pada 1996 dan pernah juga dianggotai Shamsul Ghau Ghau dan Farouk Hussain.

Senario merupakan kumpulan lawak pertama yang menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL) sehingga ke separuh akhir pada tahun 2000 (Cari Tapak) dan tahun 2003 (Joget Berbalas Pantun). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI