fbpx

Sumbang 1 peratus kutipan DBKL bantu penjaja kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Senator Datuk Hisamudin Yahaya (Putrajaya dan Wilayah Persekutuan) memohon agar kerajaan menubuhkan satu dana khas dengan hasil kutipan satu peratus dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disumbangkan pada penjaja kecil yang mengalami kesan meneruskan perniagaan akibat Covid-19.

Katanya, ramai penjaja kecil masa kini memerlukan bantuan kerajaan yang berhadapan masalah pusingan modal untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.

“Saya mencadangkan satu dana khusus untuk penjaja di Kuala Lumpur ditubuhkan melalui Yayasan Wilayah Persekutuan dengan Kerjasama DBKL.

“Satu peratus daripada hasil kutipan DBKL disumbangkan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan. Seterusnya wang tersebut akan dimanfaatkan sebagai tabung dana penjaja kecil di ibu kota Kuala Lumpur,” katanya dalam sesi perbahasan Bajet 2022 di Dewan Negara hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Hisamudin turut menggesa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP) memulangkan semula wang peruntukan yang telah disalurkan untuk pembinaan Surau Ittifaqiyah di Presint 8, Putrajaya.

Katanya, projek surau ini telah diluluskan oleh Mantan Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada April 2018 dengan sumbangan RM6.5 juta telah ditarik balik oleh pentabiran kerajaan dahulu melalui MAIWP.

“Projek surau ini telah diluluskan sebelum PRU Ke-14 lagi, acara pecah tanah dan sumbangan mock cek berjumlah RM6.5 juta juga telah dilakukan oleh Mantan Menteri Wilayah Persekutuan pada April tahun 2018.

“Namun, pentadbiran kerajaan dahulu Pakatan Harapan (PH) melalui MAIWP telah menarik balik kelulusan polisi projek ini, sehinggakan MAIWP telah membuat dasar baharu akan menjadi tanggungan bersama iaitu 60:40.

“Untuk mencari dana sendiri sebanyak 60 peratus itu, adalah amat sukar dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Hak tetap hak. Dana itu perlu dikembalikan,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI