fbpx

Belasah junior sampai bengkak rusuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MUAR – Dua pelajar ditahan polis selepas dipercayai membuli seorang pelajar ‘junior’ sehingga mengalami kecederaan bengkak di bahagian rusuk kiri.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, suspek masing-masing berusia 16 tahun itu ditahan di Johor Bahru dan Kuala Sungai Baru, Melaka selepas 24 jam menerima laporan.

Zaharudin Rasip

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima laporan petang semalam berhubung kejadian buli terhadap mangsa yang berusia 14 tahun. Mangsa telah mengalami kecederaan bengkak di bahagian rusuk kiri.

“Hasil siasatan mendapati telah dibuli kumpulan ‘senior’ berkenaan pada 9 Disember lalu di sebuah sekolah menengah dalam daerah ini sehingga mangsa terpaksa menerima rawatan di hospital.

“Siasatan lanjut kemudian mendapati kejadian berpunca daripada beberapa pelajar ‘senior’ yang tidak berpuas hati dengan sikap mangsa dan rakan-rakannya, menyebabkan mereka dibuli,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, polis juga sedang mengesan suspek-suspek lain yang disyaki terlibat dengan perbuatan itu.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI