fbpx

Tiada saman pelanggaran SOP di masjid, surau di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zakuan (dua dari kanan) dan Mohd. Tuah (tiga dari kanan) ketika Majlis Pelancaran Program Pemantapan Guru Takmir di Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Jemaah dan pihak pengurusan masjid dilihat begitu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila belum ada sebarang saman yang dikeluarkan terhadap bahagian pentadbiran masjid dan surau di seluruh negeri ini berkaitan pelanggaran SOP sepanjang pandemik Covid-19.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Datuk Mohd. Zakuan Zakaria berkata, hal ini demikian kerana kadar pematuhan SOP di kedua-dua tempat ibadah itu masih berada pada tahap yang tinggi.

Menurut beliau, dalam hal ini juga, pihaknya telah memberikan pelbagai penerangan serta penjelasan berkaitan perkara itu khususnya menerusi laman Facebook JHEAIPP sendiri.

“Kita dah jelaskan iaitu membuat perbandingan (dari segi SOP) antara masjid, surau dan tempat-tempat lain.

“Pada masa yang sama, kita juga dah bagi banyak kelonggaran (kepada masjid dan surau) dalam isu ini sebelum ini,” katanya kepada pemberita di Butterworth di sini hari ini.

Beliau ditemui pada Program Pemantapan Guru Takmir dan Surau peringkat negeri yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail dan turut dihadiri Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor.

Kira-kira 200 guru takmir dari keenam-enam buah daerah di negeri ini hadir pada program berkenaan yang diadakan bersama dengan pelancaran Program Pembinaan Modul Al-Hikmah.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Zakuan memaklumkan, ketika ini hampir semua masjid dan surau di Pulau Pinang juga masih mengekalkan jarak saf sehingga satu meter semasa bersolat. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI