fbpx

Rompak RM700,000, pegawai SPRM direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dua termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman selama tiga dan empat hari bagi membantu siasatan kes rompakan berkumpulan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kedua-dua lelaki tersebut ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi.

“Seramai 12 individu dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes rompakan membabitkan kerugian RM700,000 itu. Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan SPRM mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis selepas disyaki terlibat kes rompakan berkumpulan di sebuah kediaman di Jalan Ampang di sini, semalam.

Berita berkaitan: SPRM sahkan seorang pegawainya ditahan polis

Rompakan yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari itu membabitkan seorang ahli perniagaan warga China dengan kerugian mencecah RM1 juta.

Siasatan awal polis mendapati tiga lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa sebelum memecah masuk rumah mangsa.

Dua daripada suspek termasuk seorang pegawai penguat kuasa masing-masing berusia dalam lingkungan 30-an ditahan manakala, seorang lagi masih diburu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI