fbpx

SPRM sahkan seorang pegawainya ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa seorang pegawai suruhanjaya ini telah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian jenayah yang berlaku baru-baru ini.

SPRM menerusi satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis untuk mengesan pegawai terbabit dan menyerahkannya kepada agensi penguat kuasa itu lewat petang semalam.

“SPRM tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dengan sebarang perlakuan jenayah.

“Tindakan tegas termasuk pertuduhan di mahkamah dan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja akan dikenakan jika terlibat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan dua individu termasuk seorang pegawai agensi penguat kuasa ditahan polis selepas disyaki terbabit kes rompakan berkumpulan di sebuah rumah di Jalan Ampang di sini, kelmarin.

Rompakan yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari itu membabitkan kerugian hampir RM1 juta.

Dalam kejadian itu, tiga lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa sebuah agensi penguat kuasa sebelum memecah masuk rumah seorang ahli perniagaan berusia 50-an.

Dua daripada suspek termasuk seorang pegawai penguat kuasa masing-masing berusia 30-an kemudiannya berjaya ditahan manakala, seorang lagi suspek masih bebas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI