fbpx

Pengantin cari isteri dalam bunjut kain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan aksi pengantin sedang mencari isterinya di dalam bunjut kain.

PETALING JAYA – Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang pengantin lelaki diminta mencari isterinya dalam kumpulan bunjut kain batik dipercayai selepas melangsungkan perkahwinan mereka.

Video tersebut dikongsikan oleh pengguna di media sosial dengan dengan nama @Faizalangah46, namun lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti.

Video berdurasi satu minit 33 saat itu menunjukkan lelaki tersebut diminta untuk mencari isterinya yang disorokkan di dalam bunjut kain bersama beberapa perempuan yang lain.

Lebih menghiburkan, pengantin itu pada awalnya tersilap membuat pilihan sebelum berjaya menjumpai isterinya pada percubaan ketiga.

Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata orang ramai dilihat terhibur dengan tradisi keluarga pengantin yang dianggap unik.

“Ni tradisi orang mana, Kelantan ke ?” komen seorang pengguna dikenali sebagai Syafiqa.

“Seronoknya dapat kenangan bersama keluarga, mesti akan ingat sampai bila-bila,” tulis Fiza Karim pula.

“Seronok jugak permainan ni, nak tengok suami cam tak kain batik yang kita selalu pakai,” seloroh Sya. -K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI