fbpx

Pembantu Perawatan Kesihatan dituduh terima rasuah urus jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Sharum (kiri) diiring pegawai SPRM keluar dari Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM300 berhubung pemberian kerja pengurusan jenazah di Hospital Kajang, Selangor pada tahun lalu.

Tertuduh, Sharum Hassim, 41, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Sharum yang merupakan kakitangan Gred U11 di Hospital Kajang didakwa menerima suapan tersebut daripada seorang individu berusia 33 tahun pada 9 Disember 2020.

Kesalahan dilakukan di Maybank Cawangan Taman Ria Jaya, Sungai Petani dekat sini menerusi satu akaun di bank tersebut.

Tertuduh didakwa menerima wang itu sebagai upah bagi memberikan kerja pengurusan jenazah kepada lelaki berkenaan yang dipercayai ejen pengurusan jenazah.

Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pada prosiding sama, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan pilihan menerima wang RM300 daripada individu sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI