fbpx

Jerantut dipilih Projek Showcase Bandar Sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (depan, tengah) menyampaikan Sijil Penghargaan Bandar Mampan 2021 kepada Khairun Nissa Aris (kanan) selepas perasmian pelancaran Projek Showcase Bandar Sihat, hari ini.

JERANTUT – Jerantut menjadi antara tiga buah bandar di negara ini dipilih di bawah Projek Showcase Bandar Sihat (PSBS) tahun ini yang akan memperkasakan gaya hidup sihat dan sejahtera.

Selain Jerantut yang terkenal dengan jolokan Bandar Taman Negara, dua buah bandar lagi yang dipilih untuk projek di bawah pelan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) ini ialah Laman Rekreasi Tasek Ampang, Selangor dan Taman Tasik Putra, Kulim, Kedah.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib berkata, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan bagi merealisasikan projek berkenaan yang melibatkan kerja penyelenggaraan, menaiktaraf kemudahan rekreasi, riadah, logistik serta aspek kebersihan dan keceriaan.

“Projek ini juga merupakan cerminan Keluarga Malaysia selari dengan kerangka ANMS untuk memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara menerusi keutamaan penjagaan kesihatan keluarga dan komuniti.

“Matlamat ANMS ialah untuk mendidik, membina kemahiran dan membudayakan hidup sihat sebagai perisai perlindungan ketika berdepan ancaman (kesihatan) seperti penyakit sekali gus meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup rakyat,”katanya selepas melancarkan PSBS Jerantut di Laman Sejarah Mat Kilau, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia, Datuk Mohd Faidzal Hamzah dan Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris.

Menurutnya perancangan dan pelaksanan PSBS akan melibatkan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memperkasakan gaya hidup sihat dan sejahtera. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI