fbpx

Bas bawa pekerja kilang ambil vaksin terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah bas yang membawa 45 orang pekerja kilang dalam kejadian di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus, tengah hari tadi.- FOTO: IHSAN BOMBA

SEREMBAN – Sebuah bas persiaran yang membawa 45 orang pekerja kilang yang baharu selesai menerima vaksin terbakar dalam kejadian di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus di sini tengah hari tadi.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Mohd. Hidayat Basly berkata, pihaknya mendapat panggilan pada pukul 12.05 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati terdapat sebuah bas persiaran yang membawa 45 pekerja kilang yang sudah divaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Perniagaan Cattleya, Senawang dalam perjalanan pulang ke Simpang Pertang, Jelebu.

“Pihak bomba mengambil masa hampir satu jam untuk memadamkan kebakaran dan bas persiaran itu terbakar sebanyak 100 peratus. Pihak bomba menggunakan bahan pemadam api jenis buih untuk memadamkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa yang cedera dalam kebakaran tersebut kerana kesemua mereka sempat keluar lebih awal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI