fbpx

Aksi kanak-kanak melompat undang kerisauan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman aksi seorang kanak-kanak yang sedang bermain dan melompat-lompat sendirian di ruangan belakang kereta.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak dilihat bermain di bahagian belakang sebuah trak pikap sehingga mengundang kerisauan netizen.

Menerusi satu klip video yang dimuat naik @BxllaAnxar di laman Twitter, memaparkan kanak-kanak itu sedang melompat-lompat sendirian tanpa dipantau penjaganya dan dibiarkan berada di ruangan belakang semasa hujan.

Rakaman itu turut memaparkan kanak-kanak tersebut duduk di atas palang di bahagian bumbung dengan aksi yang membahayakan.

Menerusi ciapan oleh pemilik akaun tersebut, dia memaklumkan beberapa pemandu lain bertindak membunyikan hon dan menjerit menegur pemandu trak pikap tersebut.

“Dua tiga kereta sudah membunyikan hon dan buka tingkap menegur, tapi penjaga tak buat apa-apa.

“Cuaca hujan, biarkan budak seorang di belakang kenderaan terlompat-lompat. Kalau jatuh, sia-sia sahaja,” ciapnya.

Sementara itu, rata-rata orang ramai yang menyaksikan video tersebut memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Kenapa masih ada penjaga yang mengabaikan keselamatan kanak-kanak seperti ini, sudahlah duduk seorang di belakang, main lompat-lompat pula itu,” kata @Alfred.

“Perkara macam ini rasanya boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa sebab mengabaikan keselamatan kanak-kanak,” kata @PanDana.

“Anak buah saya nak keluarkan kepala ikut tingkap pun saya dah bising, inikan pula main lompat-lompat di belakang, bahaya sungguh,” kata @amin marjunet. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI