fbpx

Tempoh diskaun pembayaran saman JPJ dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus telah dilanjutkan sehingga 15 Disember ini.

Pemakluman itu yang dibuat menerusi akaun Facebook rasmi JPJ lewat malam tadi menerima sambutan baik daripada pengguna platform sosial media tersebut.

Poster yang dimuat naik berhubung lanjutan pembayaran saman.

“Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus kini dilanjutkan sehingga 15 Disember 2021.

“Pembayaran tanpa tunai atau ‘cashless’ adalah digalakkan,” katanya menerusi sekeping poster yang dimuat naik.

Tambahnya, pembayaran boleh dibuat di semua kaunter JPJ negeri, cawangan atau di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI