fbpx

Jom bayar saman trafik di mesin ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paparan semakan dan jenis saman di ATM.

PETALING JAYA – Tawaran diskaun saman trafik menyebabkan aplikasi MyBayar Saman sesak, bahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara juga meriah diserbu orang ramai.

Rata-rata orang ramai dilihat terpaksa beratur dan menunggu terlalu lama sebelum dapat membayar saman masing-masing.

Melalui satu poster di media sosial @pdrm_trafik memaklumkan pembayaran kompaun saman juga boleh dibuat menerusi mesin juruwang automatik (ATM) Maybank bagi memudahkan orang ramai.

Difahamkan, orang ramai boleh pergi ke mana-mana ATM Maybank yang berdekatan dan memilih saranan ‘PAYBILLS’.

“Seterusnya, pilih bayaran saman serta memasukkan nombor kad pengenalan anda diruang yang tertera.

“Semak butiran saman dan pilih saman yang hendak dibayar sebelum diberikan notifikasi transaksi. Kemudian, orang ramai perlu menyimpan resit pembayaran sebagai rujukan,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran saman trafik dilanjutkan hingga 31 Disember ini. -K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI