PETALING JAYA – Dua pasangan pengantin kembar seiras mencipta detik manis bersama selepas mereka melangsungkan perkahwinan secara serentak sehingga mendapat perhatian orang ramai.
Majlis persandingan tersebut menjadi tular selepas gambar mereka dimuat naik di laman sosial Facebook.
Difahamkan, pasangan kembar seiras tersebut melangsungkan perkahwinan mereka di sebuah lokasi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.
“Dua beradik lelaki kembar bertemu jodoh dengan pasangan dua beradik perempuan yang juga kembar. Tahniah Norazeman dan Norlaila serta Norazzuan dan Norlaili. Semoga berkekalan hingga Jannah,” katanya.
Rata-rata pengguna media sosial turut mendoakan kebahagiaan dua pasangan beradik kembar seiras tersebut dan mengingatkan mereka agar berhati-hati tidak bertukar pasangan.
“Percaturan Allah itu sangat hebat. Semoga bahagia hingga ke Jannah,” kata Nur Hidayati.
“Mak mentua kena bagi bilik jauh-jauh sikit bila balik kampung nanti, risau tertukar,” seloroh Hariz Azizan.
“Pengantin lelaki kedua-duanya tidak senyum serupa tidak dapat bezakan, begitu juga dengan pengantin perempuan dua-dua senyum di atas pelamin juga tidak dapat bezakan” ujar Hafiz Raihan. – K! ONLINE