fbpx

Wanita kongsi suara suami lafaz cerai buat ramai sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video penceraian seorang wanita apabila suaminya melafazkan cerai talak satu secara dalam talian.

PETALING JAYA – Setiap pasangan yang berkahwin tentulah menginginkan sebuah perkahwinan yang kekal sampai bila-bila dan perceraian bukanlah satu pengakhiran dalam rumah tangga.

Namun, setiap perancangan yang kita aturkan belum pasti dapat dikecapi pada masa hadapan.

Satu perkongsian yang dimuat naik @azieysabell di media sosial berkata, dia kelihatan reda dalam menghadapi situasi penceraian apabila suaminya melafazkan cerai talak satu secara dalam talian selepas setahun usia perkahwinan mereka.

Menerusi video tersebut, wanita itu dilihat hadir ke sesi perceraian dalam talian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Selain itu, dia turut berkongsi rakaman suara suaminya ketika lafaz itu disempurnakan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa sebak dan meruntun jiwa selepas mendengar lafaz berkenaan.

“Naik bulu roma bila mendengar lafaz tersebut, semoga kuat semangat awak,” kata @sydasuhymi.

“Saya nak menangis dengar perkara macam ini, pertahankan hubungan yang tiada makna atau bertahan disebabkan anak memang akan berakhir seperti ini,” kata @athrhsyra.

“Ibu mengandung bila lihat kisah macam ini, terus saya menangis dan fikir bukan-bukan, saya takut jadi pada saya,” kata @HanyaKentang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI