fbpx

Tribunal di Britain sahkan China lakukan genosid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNJUK perasaan etnik Uighur mengadakan demonstrasi anti-Beijing dekat bangunan Parlimen di Brussels, Belgium pada 8 Julai lalu. - AFP

LONDON – Sebuah tribunal mendapati bahawa China bersalah melakukan jenayah genosid terhadap etnik Islam Uighur dan penduduk minoriti lain di Xinjiang, lapor laman berita Sky News kelmarin.

Tribunal berkenaan turut mendapati China bertanggungjawab melakukan jenayah kemanusiaan termasuk pemandulan paksa, keganasan seksual, perhambaan, penyeksaan dan pemindahan paksa tanpa keraguan munasabah.

Keputusan tersebut dikeluarkan selepas China menyatakan bahawa Britain, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat akan menerima padah kerana memboikot Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 selepas menuduh Beijing melakukan pencabulan hak asasi manusia.

Tribunal dipengerusikan oleh pakar hak asasi manusia, Geoffrey Nice QC memaklumkan bahawa di sebalik pengesahan genosid, tiada bukti pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh Beijing.

“Adalah jelas bahawa semua mereka yang ditahan dibenarkan kembali kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, dasar kawalan kelahiran anak di Xinjiang di mana penduduk Uighur menjadi mangsa pemandulan paksa dan pengguguran anak adalah menyamai usaha untuk memusnahkan ‘keseluruhan atau sebahagian’ etnik berkenaan sekali gus menyamai definisi genosid.

China sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa pihaknya melakukan genosid, malah Beijing menganggap tuduhan tersebut sebagai ‘pembohongan terbesar abad ini.’ 

Beijing menyifatkan laporan oleh Tribunal Uighur yang berpangkalan di Britain itu sebagai sandiwara politik. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI