fbpx

SiberKASA dedah tanggungjawab sebenar CyberSecurity Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (dua dari kiri) ketika melancarkan telefilem SiberKASA di KLCC hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebuah telefilem berjudul SiberKASA yang memaparkan realiti sebenar cabaran yang ditempuhi oleh
juruanalisa di CyberSecurity Malaysia dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab dilancarkan secara rasmi hari ini.

Telefilem tersebut terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia, iaitu agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

SiberKASA berdurasi 90 minit arahan YM Raja Mukhriz R. Ahmad Kamaruddin ini dilancarkan sempena Pameran 100 Hari
Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad depan bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, SiberKASA merupakan telefilem mengenai keselamatan siber yang diangkat berdasarkan kisah benar mengenai isu-isu keselamatan siber yang berlaku setiap hari dalam Keluarga Malaysia.

Beliau berkata, pelancaran telefilem itu diharap dapat dijadikan sebagai salah satu cara mendidik masyarakat memahami trend mutakhir ancaman siber, modus operandi jenayah siber serta amalan terbaik sewaktu menggunakan teknologi dan Internet.

“Saya menggesa Keluarga Malaysia agar mengambil iktibar insiden dan ancaman siber yang berlaku bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serangan siber.

“Selain itu, warga digital dalam Keluarga Malaysia perlu memiliki kawalan kendiri sewaktu menggunakan teknologi, Internet dan media sosial,” katanya selepas pelancaran telefilem itu di KLCC hari ini.

Telefilem ini merupakan karya ulung berkaitan bidang keselamatan siber dengan barisan pelakon seperti Zulhuzaimy, Thanuja Ananthan, Mona Allen, Qi Razali dan Riz Amin ini juga diharap dapat mempromosi bidang keselamatan siber di Malaysia.

Telefilem ‘SiberKASA’ dijangka akan mula ditayangkan pada hujung tahun 2021 dan Keluarga Malaysia boleh menonton telefilem ini di saluran media tempatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI