fbpx

Wanita terima surat ugutan, mohon penama asal tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar surat ugutan yang diterima tertulis nama orang lain dikongsikan oleh Puan Fieza di laman Facebook miliknya.

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila menerima sekeping surat berbaur ugutan dengan tulisan berwarna merah daripada individu tidak dikenali.

Kandungan itu seolah-olah memberi peringatan terakhir kepada seorang individu, namun bukan beliau kerana nama yang tertera adalah berbeza.

Menerusi satu hantaran di Puan Fieza di Facebook, wanita itu memuat naik surat tersebut bagi mencari penama yang dikehendaki pihak berkenaan.

Menurut perkongsian itu, wanita tersebut berasa marah apabila alamat rumahnya digunakan secara salah sehingga mendatangkan masalah lain.

“Mohon yang penama tersebut tampil beri penjelasan. Kenapa menggunakan alamat rumah saya dalam urusan jual beli motosikal,” katanya.

Menurut Fieza, surat itu berkemungkinan dihantar kerana penama tersebut gagal membayar hutang.

Tambahnya surat ugutan itu dihantar ke alamat rumahnya menerusi perkhidmatan pos pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI