fbpx

Satu sentuhan kawal penapis udara dari jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAPIS Udara pintar ini turut dilengkapi dengan roda bergerak untuk memudahkannya dialihkan dari satu tempat ke lokasi lain.

SEBERSIH manapun rumah, pasti tidak dapat lari daripada habuk, bakteria dan serpihan mikroskopik yang terapung di udara, tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Malah, orang yang kita sayang mungkin menghirup udara yang dicemari gas berbahaya tanpa sedar.

Ini cukup membimbangkan jika mereka mempunyai alahan, asma, kulit sensitif, atau fungsi paru-paru lemah.

Bagi mengatasi masalah itu, Samsung telah menghasilkan penapis udara pintar 60m2 yang harus dimiliki di setiap rumah.

Penapis udara ini dibina dengan sistem pembersihan tiga langkah yang mengekstrak zarah debu yang besar seperti debunga, menghilangkan bau busuk dan mengurangkan pelbagai gas berbahaya termasuk formaldehid.

Selain itu, penapisan HEPA dengan penapis habuk ultrafine memerangkap sehingga 99.97 peratus daripada habuk halus dan menghalang bakteria untuk memberikan anda kualiti udara lebih sihat.

Apa yang lebih menarik, penapis udara ini juga boleh dikawal dari jauh dengan menggunakan telefon pintar melalui aplikasi SmartThings.

Dengan sentuhan mudah atau menggunakan suara anda, ia boleh menghidupkan atau mematikannya, menyemak kualiti udara, mengawal fungsi lain dan memantau status penapis.

Selain itu, roda bergerak yang tersembunyi memudahkan ia digerakkan dari bilik ke bilik tanpa menjejaskan estetika reka bentuk.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI