fbpx

Polis rampas rokok seludup RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rokok seludup yang berjaya dirampas dalam dua serbuan OP Kontraban di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki ditahan bersama 29,930 kotak rokok tidak bercukai pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM300,000 di sebuah premis di Desa Tun Razak, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kedua-dua warga tempatan berusia 58 tahun dan 38 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan OP Kontraban sekitar pukul 5.30 petang.

“Serbuan pertama dilakukan di sebuah premis di Desa Tun Razak dan berjaya merampas 2,993 karton rokok yang mengandungi 29,930 kotak rokok.

“Polis sekali lagi membuat serbuan susulan kira-kira pukul 8 malam di sebuah premis di Jalan Klang Lama dengan merampas 8,070 kotak rokok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek dibawa ke lokap Balai Polis Salak Selatan dan kes disiasat di bawah Seksyen135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Katanya, kedua-dua suspek akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) untuk melengkapkan siasatan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI