fbpx

Najib kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib ketika sidang akhbar yang dibuat melalui aplikasi Zoom dan disiarkan secara langsung di laman Facebooknya sebentar tadi.

PETALING JAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan sabitan beliau dalam kes SRC International Sdn. Bhd.

Najib melalui sidang akhbar yang dibuat secara Zoom bersama peguam belanya, Tan Sri Shafee Abdullah tadi mendakwa, pihaknya telah mengarahkan pasukan pembelanya untuk memfailkan rayuan dengan kadar segera.

“Saya ingin mengatakan bahawa saya sangat kecewa dengan penghakiman yang disampaikan oleh Mahkamah Rayuan pagi ini, saya telah meminta peguam saya untuk memfailkan rayuan.

“Isu utama mengenai SRC International Sdn. Bhd. ialah mengenai RM42 juta yang telah dipindahkan ke akaun peribadi saya. Ingin saya ulangi bahawa saya tidak tahu dan tidak meminta ia dipindahkan ke akaun peribadi saya,” dakwanya di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Shafee berkata, sebagai peguam pihaknya menerima dengan hormat keputusan mahkamah tetapi mengingatkan bahawa mereka dibenarkan untuk mengkritik keputusan berkenaan.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kes dana syarikat SRC International berjumlah RM42 juta terhadap Najib. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI