fbpx

Kajian di tapak tengkorak prasejarah pada Februari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengkorak manusia dipercayai dari zaman prasejarah dianggarkan berusia 5,000 ke 10,000 tahun ditemui di Bukit Keteri, Perlis baru-baru ini.

KANGAR – Kajian di tapak penemuan fosil tulang dan tengkorak manusia dipercayai dari zaman prasejarah berusia 5,000 hingga 10,000 tahun di Bukit Keteri, Chuping dekat sini akan dilakukan Jabatan Warisan Negara (JWN) pada Februari 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Asmaiza Ahmad berkata, kajian itu juga dijalankan serentak dengan penemuan lukisan dinding gua zaman proto sejarah di Gua Semadong.

Katanya, tindakan selanjutnya oleh kerajaan negeri sama ada membenarkan kawasan itu diwartakan atau mengambil hasil penemuan tersebut untuk dipelihara dan dijaga di tempat lain.

“Kalau mereka jumpa banyak lagi artifak di situ, mungkin kerajaan negeri akan mengambil dan mewartakan kawasan tersebut.

“Sekiranya banyak penemuan yang dijumpai, sekurang-kurangnya berbaloi untuk diwartakan kawasan itu dan dibuat galeri,” katanya ketika ditemui pada hari kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis (Mesyuarat Bajet 2022) di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata beliau, sekiranya penemuan yang ditemui tidak banyak, pihaknya akan meminta JWN untuk mengambil artifak itu dan membawanya ke tempat lain atau ke muzium di negeri ini iaitu Muzium Kota Kayang.

Pada Oktober lalu, JWN mengumumkan penemuan penemuan fosil tulang dan tengkorak manusia dianggarkan dari zaman prasejarah berusia antara 5,000 hingga 10,000 tahun di kawasan di Bukit Keteri, Chuping.

Turut ditemui adalah lukisan dinding gua zaman proto sejarah di Gua Semadong dan kedua-dua lokasi tersebut telah dicadangkan untuk diwartakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI