fbpx

Dua ‘anak emas’ England digugurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD tersisih daripada senarai pemain England yang akan menghadapi Euro 2024 di Jerman bermula 14 Jun ini. - AFP

LONDON – Pengurus England, Gareth Southgate mengumumkan senarai awal 33 pemain termasuk lima nama yang tidak pernah memiliki sebarang kaps antarabangsa menjelang Kejohanan Euro 2024 bermula 14 Jun hingga 14 Julai depan.

Meskipun pasukan itu memiliki kekuatan seimbang, namun keputusan yang dibuat sedikit mengejutkan apabila beberapa nama besar termasuk dua bintang Manchester United, Marcus Rashford dan Jadon Sancho serta bekas kapten Liverpool, Jordan Henderson disisihkan.

Bagaimanapun, Southgate memiliki alasan tersendiri mengapa beliau membuat keputusan sedemikian, terutamanya berhubung ketiadaan Rashford yang menimbulkan tanda tanya peminat The Three Lions.

“Bagi menjawab mengenai ketiadaan Rashford, saya cuma merasakan bahawa pemain-pemain lain di posisi itu menampilkan aksi lebih baik sepanjang saingan musim ini. Tidak sukar untuk saya buat keputusan.

“Sementara itu, Henderson pula terlepas aksi selama lima minggu dan tidak dapat untuk kembali ke prestasi sebenar. Tidak mudah untuk buat keputusan ini kerana dia adalah pemain yang sangat penting,” katanya.

Pada masa sama, Crystal Palace yang menampilkan aksi cemerlang pada penghujung saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini memiliki empat wakil dalam skuad England iaitu Adam Wharton, Eberechi Eze, Marc Guehi dan Dean Henderson.

Dalam pada itu, kemampuan jentera serangan The Three Lions pula tidak boleh disangkal lagi apabila Southgate memanggil 12 pemain termasuk Cole Palmer, Jack Grealish, Jarrod Bowen, Ivan Toney, Ollie Watkins dan Anthony Gordon. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI