fbpx

SPRM belum terima laporan rasuah kartel Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rais Yatim ketika diiringi Mesran Mohd Yusop dan Azam Baki, ketika hadir Majlis Kolokium Antirasuah "Adat Perpatih Melingkari Hidup Berintegriti" yang diadakan di Auditorium D'Sury JKKN, Seremban, Negeri Sembilan, hari ini. - FOTO : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum menerima laporan berhubung dakwaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai kewujudan kegiatan kartel dalam Jabatan Imigresen Malaysia.

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kenyataan yang dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mungkin timbul hasil daripada siasatan atau perkara dalaman jabatan tersebut.

“Sehingga kini, saya belum lagi menerima maklumat sebenar (berhubung) kartel yang dimaksudkan oleh pihak menteri itu.

“Kalau kita ada perkembangan terbaharu daripada pihak Jabatan Imigresen, SPRM akan lihat sama ada ia di bawah bidang kuasa kami atau pun tidak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Azam, pihaknya masih belum pasti tentang kesahihan maklumat sama ada individu atau pegawai dalaman yang terlibat ada kaitan dengan rasuah.

“Saya belum pasti lagi maklumat berkaitan ‘broker’ atau orang tengah yang disebutkan itu, adakah ia berkaitan dengan rasuah atau tidak dan menjangkau masuk ke pegawai-pegawai kerajaan dalam Imigresen,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI