fbpx

Liverpool mahu leburkan impian Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL mahu menewaskan Milan dan merekodkan kemenangan keenam berturut-turut dalam semua aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. – LFC

LIVERPOOL – Meskipun sudah mara ke peringkat kalah mati sai­ngan Liga Juara-Juara musim ini, namun Liverpool tetap mengambil serius aksi terakhir Kumpulan B menentang AC Milan di Stadium San Siro awal pagi esok.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberi bayangan tetap mahu menyenaraikan beberapa pemain utama dalam kesebe­lasan utama seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane seperti dilakukannya ketika menang 2-0 ke atas Porto bulan lalu.

“Saya masih belum membuat keputusan tetapi saya seorang yang optimis dan berharap mahu turunkan skuad terbaik untuk setiap perlawanan. Kita tunggu dan lihat bagaimana nanti.

“Barisan terbaik memboleh­kan pasukan anda memenangi perlawanan bola sepak. Namun, kami juga memerlukan kestabilan dalam pasukan,” katanya.

Pengendali dari Jerman itu tidak rela The Reds dimalukan Milan jika menurunkan ramai pemain muda beraksi di pentas tinggi seperti Liga Juara-Juara.

Bagi Klopp, aksi menentang Milan adalah platform terbaik buat para pemainnya kembali mendapatkan rentak selepas mengharapkan jaringan lewat permainan daripada Divock Origi­ untuk menewaskan Wolverhampton Wanderers.

Dalam masa sama, Liverpool tentu mahu mengekalkan rekod bersih mereka dengan memburu kemenangan keenam berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara dan jika berjaya, ia secara tidak langsung menyingkirkan Milan untuk sai­ngan kalah mati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI