fbpx

Wanita ‘berwajah hitam’ selamatkan anak daripada abu Gunung Semeru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut menunggang motosikal sambil membawa anaknya yang berselubung keseluruhan badan menggunakan kain ketika cuba menyelamatkan diri dari letusan Gunung Semeru. – Instagram @Jejak Pendaki

JAKARTA – Sebuah klip video yang memaparkan keadaan seorang wanita dengan wajah dipenuhi abu letusan Gunung Semeru menjadi tular apabila dia dilihat cuba melindungi anaknya dengan cara menutup keseluruhan badan kanak-kanak itu menggunakan sehelai kain, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan rakaman yang dikongsikan akaun Instagram @Jejak Pendaki, wanita tersebut menunggang motosikal sambil membawa anaknya yang berselubung keseluruhan badan menggunakan kain ketika cuba menyelamatkan diri dari letusan Gunung Semeru.

Wajah dan keseluruhan tangan wanita berkenaan menjadi hitam legam kerana dipenuhi abu gunung berapi.

“Salah seorang mangsa kejadian letusan Gunung Semeru,” tulis keterangan pada video tersebut.

Klip rakaman itu menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa tersentuh hati melihatkan pengorbanan wanita berkenaan.

“Bukti pengorbanan seorang ibu demi menyelamatkan anaknya dari bencana dan bahaya. Mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja,” kata seorang netizen.

Berbeza dengan abu yang terhasil daripada aktiviti pembakaran kayu dan bahan organik lain, abu letusan gunung berapi adalah berbahaya untuk semua hidupan.

Zarah-zarahnya amat keras dan kebiasaannya ia mempunyai bahagian tepi yang bergerigi. Ia boleh mengakibatkan kesan-kesan seperti iritasi pada mata, hidung, paru-paru serta masalah pernafasan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN