fbpx

Walaupun duduk UK, pakai pelitup muka macam di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan rakyat negara ini memakai pelitup muka walaupun berada di United Kingdom.

“Jangan kita terikut seperti orang United Kingdom, pakailah pelitup muka seperti anda berada di Malaysia,” tulis Khairy Jalamuddin di Twitternya sebentar tadi.

Ciapan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebentar tadi

Beliau mendapati keadaan tersebut banyak berlaku pada ketika ini dan beliau memberi peringatan agar rakyat negara ini patuh memakai pelitup muka mengikut peraturan di Malaysia dan bukannya bersikap lalai seperti warga United Kingdom.

Sekarang ini, pemakaian pelitup muka penting bagi mengelakkan penularan varian baharu Covid-19 yang dikenali Omicron.

“Pakai pelitup muka kerana anda berada di Malaysia,” ciap Khairy Jamaluddin lagi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN