fbpx

Penduduk AS tidak perlu pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGARAH CDC, Dr. Rochelle Walensky mengumumkan pelonggaran mandat pelitup muka untuk Covid-19 semalam. - Bonnie Cash/UPI

WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) semalam mengumumkan telah melonggarkan mandat pemakaian pelitup muka untuk rakyat AS, membenarkan kebanyakan penduduk menanggalkan pelitup muka ketika berada di tempat awam yang tertutup, lapor United Press International (UPI).

Sebelum ini, CDC telah mengesyorkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang tertutup seperti pawagam dan gereja di kawasan dengan penularan koronavirus yang tinggi tetapi ditakrifkan mengikut bilangan kes.

Saranan baharu itu kurang memberi penekanan pada kiraan kes. Ia sebaliknya memberi tumpuan kepada kemasukan ke hospital sebagai ukuran utama risiko, kata pengarah CDC, Dr. Rochelle Walensky semasa taklimat akhbar petang semalam.

Pelarasan berkenaan dengan ketara menurunkan bilangan daerah berisiko tinggi di seluruh negara, menjadikan metrik daripada sekitar 95 peratus daerah kepada sekitar 37 peratus daerah sahaja yang disyorkan untuk pemakaian pelitup muka.

“Kami mahu orang ramai berehat daripada perkara seperti memakai pelitup muka apabila tahap jangkitan rendah dan sekiranya keadaan kembali teruk, kita akan mengenakannya semula,’’ jelas Walensky. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI