fbpx

Tiga pesakit lari Hospital Mesra diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki yang melarikan diri dari Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu pagi tadi.

KOTA KINABALU – Tiga pesakit Hospital Mesra Bukit Padang lari dengan memanjat tembok di belakang wad hospital berkenaan pagi tadi.

Mereka dikenali sebagai Mohd Azrul Dorah, 28, Mohamed Hidswan Jumalti, 34, dan Mohammad Sobrie Muali, 32.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, pihak hospital menyedari kejadian itu selepas ternampak kelibat salah seorang pesakit memanjat tembok di belakang wad dipercayai untuk melarikan diri.

“Kakitangan hospital kemudian memaklumkan perkara itu kepada rakan sekerjanya untuk mendapatkan bantuan pengawal keselamatan bagi menangkap mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, Mohd Azrul dimasukkan ke hospital itu pada 17 November lalu atas kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala Mohamed Hidswan dan Mohammad Sobrie dimasukkan ke hospital sama pada 30 November lalu dan 1 Disember lalu atas kesalahan Seksyen 39C akta sama.

“Mereka dimasukkan ke Hospital Mesra atas arahan Mahkamah kerana disyaki mempunyai masalah mental dan diarahkan untuk menjalani rawatan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di talian 088-529222.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI