fbpx

Tak pernah tutup pintu hati, sedia berkawan – Shalma Eliana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YANA tidak kisah andai ada yang beranggapan lagu Your Loss ada kaitan dengan kisah putus cintanya bersama Ismail Izzani.

PETALING JAYA – Penyanyi Shalma Eliana atau kini dikenali sebagai Yana tidak pernah menutup pintu hati untuk mengenali mana-mana lelaki selepas episod percintaannya dengan Ismail Izzani berkecai.

Yana atau nama sebenarnya Shalma Eliana Bruhanuteen, 21, berkata, ada lelaki yang mendekatinya, namun dia lebih selesa dan terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

“Tipulah kalau saya kata tidak ada yang cuba mendekati sejak putus cinta. Namun, saya beritahu mereka sekadar mahu berkawan sahaja.

“Lagipun saya sibuk dengan kerjaya seni dan bahagia dengan kehidupan sekarang. Saya risau jadi alpa dan terus larut dalam percintaan kelak,” katanya.

Bagaimanapun, tegas pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu, walaupun terbuka untuk berkenalan, namun bukan bermaksud dia sudah bersedia menjalin semula hubungan cinta.

Mengulas mengenai single terbaharunya Your Loss, Yana langsung tidak kisah jika ada yang menganggap lagu tersebut sebagai penceritaan hubungan cinta tidak kesampaiannya dengan Ismail.

“Saya tulis lirik lagu ini dalam tempoh 10 minit pada Oktober lalu. Lagu ini mudah difahami ramai kerana memberi fokus kepada tema khianat.

“Lagu ini mengingatkan pendengar bahawa perlakuan khianat tidak harus jadi punca kepada kegagalan seseorang. Kita jangan sesekali rasa rugi apatah lagi hilang arah jika ada insan yang tidak menghargai,” katanya.

Untuk rekod, Yana mula berkenalan dengan Ismail sejak 2014 dan mula rapat empat tahun kemudian.

April lalu, tersebar sebuah foto kononnya mereka sudah bertunang. Namun, berita tersebut tidak benar kerana gambar berkenaan dirakamkan pada majlis resepsi perkahwinan kakak Ismail.

Awal bulan lalu, Ismail mendedahkan hubungan cintanya dengan Shalma sudah berakhir.

Ismail berkata, dia dan bekas kekasih hatinya sudah membawa haluan masing-masing dan kini mahu memberi fokus kepada kerjaya seni. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI