fbpx

Belanda terlalu kuat buat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELANDA terlalu unggul untuk disaingi Malaysia apabila tewas 3-9 pada aksi klasifikasi lima hingga lapan Piala Dunia Hoki Remaja di Stadium Kalinga sebentar tadi. - FIH

KUALA LUMPUR – Skuad hoki projek khas lelaki kebangsaan terpaksa menerima hakikat perit apabila kalah 3-9 kepada Belanda pada klasifikasi lima hingga lapan kempen Piala Dunia Hoki Remaja 2021 di Stadium Kalinga, India sebentar tadi.

Ia adalah kekalahan terburuk Malaysia kepada Belanda sepanjang lapan pertembungan antara kedua-dua pasukan sejak kali pertama bertemu sewaktu edisi Piala Dunia Hoki Remaja 1979.

Lebih malang, kekalahan besar itu juga menyaksikan dua pemain Belanda, Luke Dommershuijzen dan Miles Bukken masing-masing berjaya meledak hatrik dalam aksi tersebut.

Baki tiga lagi gol skuad The Oranje itu diperoleh menerusi dua jaringan David Huussen dan satu daripada Max de Bie.

Tiga jaringan skuad negara kendalian Wallace Tan pula dihasilkan oleh Muhammad Fahmi Khalid, Mohamad Akhimullah Anuar Esook dan Muhammad Noor Firdaus Rosdi.

Malaysia berpeluang menebus kekalahan itu apabila dijadualkan menentang Sepanyol untuk penentuan tempat ketujuh dan kelapan pada Ahad ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI