fbpx

Banjir: Tiga PPS dibuka di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk meredah banjir untuk menyelamatkan diri di Chalok, Setiu, hari ini.- Putqra Hairry Rosli

SETIU – Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan beberapa perkampungan di mukim Chalok di sini mula dinaiki air hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, kawasan tersebut mula dilanda bah mulai pukul 5 pagi.

Beliau berkata, setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini di Balai Raya Kampung Bari Besar dan Masjid Chalok Kedai di sini.

“Seramai 16 mangsa daripada empat keluarga berpindah ke PPS Balai Raya Kampung Bari Besar mulai pukul 8 pagi tadi.

“PPS Masjid Chalok Kedai yang mula beroperasi pukul 9.30 pagi tadi kini menempatkan lima mangsa daripada sebuah keluarga,” katanya di sini hari ini.

Keadaan banjir di Kampung Alor Damat, Kuala Nerus juga tidak banyak berubah sejak semalam.

Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kompleks Mengabang Telipot kekal 24 orang daripada lima keluarga.

“Pemantauan dan langkah berjaga-jaga diteruskan memandangkan hujan lebat masih turun di kawasan-kawasan terbabit buat masa ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI