fbpx

Tutup jalan berperingkat sempena Jelajah NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Superintendan Shafiei Muhammad

SEREMBAN – Beberapa jalan di sekitar negeri akan ditutup secara berperingkat sempena Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Negeri Sembilan (NS) 2021 bermula esok hingga 5 Disember ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, daerah yang terbabit dalam penutupan tersebut ialah Seremban, Nilai, Port Dickson, Kuala Pilah, Tampin dan Rembau dengan jarak keseluruhan perlumbaan 372.1 kilometer.

“Kejohanan lumba basikal Jelajah NS 2021 akan bermula pada 3 Disember di D’Tempat Country Club, Sendayan dan berakhir di Dataran Rembau, Rembau pada 5 Disember.

“Sehubungan itu, penutupan jalan secara berperingkat akan dibuat JSPT Negeri Sembilan apabila pelumba dan konvoi bagi kejohanan memasuki daerah dinyatakan pada tarikh ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shafiei berkata, jalan akan ditutup secara berperingkat ketika kejohanan lumba basikal itu berlangsung dan akan dibuka semula selepas semua peserta dan konvoi melalui jalan itu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI