fbpx

[KEMASKINI] tanah runtuh: 2 disahkan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba membawa keluar mayat mangsa kejadian tanah runtuh di KM 27.10 Jalan Simpang Pulai - Blue Valley hari ini. -ZULFACHRI ZULKIFLI

CAMERON HIGHLANDS – Mayat mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Persekutuan Laluan FT 185 Jalan Simpang Pulai – Blue Valley telah dijumpai pukul 8 malam tadi.

Mangsa, Muhammad Hafiz Hamdi, 31 tahun berasal dari Tanjung Piandang, Parit Buntar itu disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

Ketua Polis Perak, Datul Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut beliau, ahli keluarga mangsa turut berada di lokasi kejadian bagi membuat pengecaman.

Dalam pada itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri memaklumkan terdapat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard turut dijumpai dalam keadaan terbalik.

Menurut kenyataan itu, mangsa dalam kenderaan MPV itu telah dapat dikenal pasti dan dikeluarkan.

“Mangsa dikenali pasti sebagai seorang lelaki berbangsa Cina berumur lingkungan 50an dan telah disahkan maut oleh petugas kesihatan,” ujar jurucakap bomba. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI