fbpx
Nadia Brian

‘Kalau ada jodoh, saya tidak akan tolak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Bercerai tidak sampai setahun selepas mendirikan rumah tangga tidak meninggalkan kesan atau trauma buat pelakon seksi, Nadia Brian.

Pelakon berusia 30 tahun itu tidak serik untuk kembali berumah tangga sekiranya sudah ditakdirkan bertemu jodoh dalam masa terdekat.

“Saya tidak serik dengan apa yang pernah berlaku. Kalau sudah sampai jodoh untuk berkahwin lagi, saya tak akan tolak” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) di Damansara di sini semalam.

Nadia Brian kini berstatus solo selepas sah bercerai dengan bekas suaminya, Muizz Nasruddin pada April lalu.

Pemilik nama lengkap Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu memberitahu, sebagai seorang wanita, dia memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada lelaki dalam hidupnya walaupun pernah melalui episod duka dalam perkahwinan yang terdahulu.

“Siapa tahu (jika) saya bertemu jodoh pada tahun hadapan dan akan berumah tangga. Saya sedia untuk itu (perkahwinan).

“Soal jodoh kita tidak tahu. Itu rahsia Dia, lagipun saya seorang perempuan. Siapa yang tidak mahu berkahwin dan ada teman hidup?” katanya.

Kosmo! pada 14 Disember 2020 lalu melaporkan Muizz memfailkan perceraian terhadap Nadia, namun masih belum dibicarakan berikutan penutupan mahkamah ekoran si­tuasi semasa Covid-19.

Sebelum ini pelakon naskhah bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri itu pernah mengakui berdepan masalah rumah tangga yang dibina bersama Muizz pada 9 November 2019.

Pergolakan rumah tangga mereka memuncak apabila Muizz yang juga ahli perniagaan mendedahkan tentang kecura­ngan Nadia kepada umum.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nadia berkongsi keterujaan apabila filem pertamanya berjudul Bu, Kasih Suci yang dilakonkan lima tahun lalu tercalon dalam FFM31.

Ujar Nadia, keterujaannya ti­dak terhenti setakat itu kerana sebuah lagi filem lakonannya ia­itu Ratu Kala Jengking turut tercalon pada festival sama.

“Filem Bu, Kasih Suci itu merupakan filem pertama lakonan saya selepas tamat belajar dalam jurusan teater di Universiti Teknologi Mara. Memang tak pernah sangka saya tercalon untuk kedua-dua filem tersebut. Menang kalah saya tak kisah. Ada rezeki alhamdulillah,” kata­nya.

POPULAR