fbpx

Hye-kyo, Ji-hyun aktres termahal di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTRES Jun Ji-hyun dan Song Hye-kyo.

SELAYAKNYA bergelar artis termahal, dua aktres popular Korea Selatan iaitu Song Hye-kyo dan Jun Ji-hyun merupakan pelakon yang menduduki carta nombor satu dari segi bayaran lakonan.

Menerusi laporan orang dalam industri, kedua-dua aktres jelita itu dibayar sebanyak lebih 200 juta won (RM708,424) bagi satu episod untuk setiap naskhah lakonan mereka.

Sama ada Hye-kyo mahupun Ji-hyun, kedua-dua mereka sedang meroket dengan sensasi tumpuan umum ketika ini impak keberkesanan drama lakonan masing-masing berjudul Now, We Are Breaking Up dan Jirisan sedang ditayangkan menerusi televisyen.

Hye-kyo sebelum ini diketahui umum bahawa dibayar sebanyak 100 juta won (RM354,243) per episod untuk drama Boyfriend terbitan tahun 2018.

Jumlah bayaran diterima bintang drama Full House itu meningkat satu kali ganda pada ketika ini.

Begitu juga dengan Ji-hyun yang menerima jumlah bayaran sama dengan Hye-kyo sekitar 2013 menerusi projek fenomena global, You Who Came From The Stars.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI