fbpx

73 individu libatkan pelajar, guru disahkan positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin Abu Bakar - FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PUTRAJAYA – Sehingga hari ini, seramai 73 orang melibatkan 71 pelajar dan dua guru Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya disahkan positif Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, mereka yang disahkan positif tersebut selepas saringan dijalankan terhadap 451 individu terdiri daripada 437 pelajar, 13 guru dan seorang petugas.

“Kesemua guru dan pelajar (kecuali empat orang) lengkap vaksinasi. Seramai 65 pelajar yang disahkan positif dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

“Semua kategori 1 dan 2A serta dalam keadaan stabil,” katanya menerusi ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 242 orang kontak rapat dikuarantin dengan pelajar pula dikuarantin di asrama Sekolah Seri Puteri.

“Kementerian Kesihatan akan terus memantau keadaan kesihatan pesakit dan memberi rawatan yang terbaik,” ujarnya.

Malam tadi, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin mengesahkan penularan Covid-19 di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya berpunca daripada seorang guru di sekolah berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Radzi menerusi rakaman video di Facebook rasminya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI