fbpx

49 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN / RASUL AZLI SAMAD

PUTRAJAYA – Sebanyak 49 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 30,474 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Sebanyak 12 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID di Malaysia sebanyak 6,165 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini

Kesemua kematian dilaporkan di Selangor (12), Perak (8), Sabah (7), Kelantan (5), Johor (4), Sarawak (4), Kedah (2), Negeri Sembilan (2), Melaka (1), Pahang (1), Pulau Pinang (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Perlis, Labuan dan Putrajaya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI