fbpx

220 individu terima darjah, pingat daripada Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah (kanan) berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis bagi tahun 2021 di Balairung Seri Istana Negara, hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Sri Dr. Ismail Mohamed Said; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook berkata, pada istiadat yang bermula pada pukul 10 pagi itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan mengurniakan Darjah dan Bintang kepada 220 penerima.

“Istiadat ini berlangsung dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Mendahului penerima pada hari ini ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, disusuli Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Ramli Din serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Razarudin Husain yang dikurniakan Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP),” katanya.

Katanya, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada sembilan penerima, Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), 48 penerima, Pahlawan Pasukan Polis (PPP), 56 penerima, Kesatria Pasukan Polis (KPP), 17 penerima dan Bentara Pasukan Polis (BPP), 84 Penerima.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Pingat Keberanian Polis (PKP) kepada tiga penerima,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI