fbpx
Tangkap layar memaparkan seorang wanita membaling sebuah objek di atas seorang bayi yang sedang merangkak.

2 wanita ditahan kes baling bungkusan pada bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Polis menahan dua wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian membaling satu objek disyaki bungkusan barangan ke atas belakang badan seorang bayi yang sedang merangkak sehingga video kejadian itu tular di media sosial semalam.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah taska di kawasan Bayan Baru di sini yang menempatkan kanak-kanak daripada usia bayi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, dua wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan selepas polis menerima dua laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 7.39 malam semalam.

Menurutnya, tangkapan dua wanita tersebut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

“Pada 2 Disember jam lebih kurang 8.12 pagi terkesan satu klip video berdurasi 44 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Cahaya Nasihat Mohd Nhazeri yang memaparkan seorang individu membaling sebuah objek disyaki bungkusan mampat terhadap seorang bayi.

“Siasatan polis mendapati, kejadian berlaku pada 24 November lalu, pukul 6.45 petang di sebuah taska di sekitar Bayan Baru sebelum video tersebut dimuat naik oleh ibu mangsa di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. K! ONLINE

POPULAR