fbpx

Tular video air banjir jernih seperti kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan air banjir yang jernih di Minahasa, Sulawesi Utara itu tular di aplikasi TikTok. - TikTok

JAKARTA –  Sebuah video memaparkan keadaan banjir yang melanda sebuah daerah di Indonesia baru-baru ini menjadi tular kerana keadaan airnya yang jernih serta turut mempunyai pemandangan yang indah, lapor laman berita Suara.com.

Video keadaan banjir di daerah Minahasa, Sulawesi Utara itu dimuat naik di akaun TikTok milik @salam_kawanua dan sehingga kini telah ditonton lebih 20 juta kali dengan 1,7 juta tanda suka.

“Banjirnya menimbulkan rasa suka,” demikian menurut kenyataan yang dimuat naik bersama video itu.

Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat air banjir di kawasan itu amat jernih dan bersih.

Bahkan, orang ramai masih meneruskan aktiviti harian seperti biasa biarpun terpaksa mengharungi air banjir setinggi paras lutut orang dewasa.

Pemandangan banjir ‘luar biasa’ itu mendapat perhatian netizen yang kemudiannya meninggalkan pelbagai komen dengan rata-rata memuji penduduk di situ yang terbukti pandai menjaga kebersihan kawasan. 

“Seumur hidup, ini kali pertama saya lihat air banjir sejernih ini, tabik dengan penduduk di situ,” komen seorang netizen.

“Tidak nampak seperti banjir, namun kelihatan seperti kolam renang,” komen seorang lagi netizen.  – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI