fbpx

Sebelum meninggal ibu tulis surat terakhir, isinya memilukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar surat terakhir seorang ibu sebelum meninggal dunia.

PETALING JAYA – Sepucuk surat terakhir yang ditulis oleh seorang ibu sebelum meninggal dunia meminta jenazahnya dikafankan di hospital dan memaklumkan kepada anaknya seorang (orang kurang upaya) OKU bahawa beliau telah meninggal dunia mengundang rasa sebak orang ramai.

Menerusi hantaran di laman Instagram official_rizalhakimm, seorang ibu yang telah meninggal dunia di rumahnya ditemani seorang anak OKU telah menulis surat terakhir membuat permintaan yang berkaitan pengurusan jenazahnya kepada pihak hospital.

Berdasarkan surat yang dikongsi oleh official_rizalhakim , warkah ibu itu dimulakan dengan permintaan kepada doktor agar jenazahnya dikafankan di hospital kerana tidak mempunyai keluarga.

Tambahnya, beliau meminta mukanya tidak ditutup setelah dikafankan dan menunjukkan kepada seorang anaknya OKU bisu yang bernama Imran serta memaklumkan ibunya telah meninggal dunia.

Selain itu, ibu tersebut meninggalkan beberapa nama dan nombor telefon pejabat berserta rumah untuk dihubungi pihak hospital berkaitan kematiannya.

Susulan daripada perkongsian itu, orang ramai berasa sangat sedih dengan menitipkan doa buat ibu itu dan urusan anak OKU tersebut dipermudahkan setelah kehilangan ibunya.

“Semoga Allah ampunkan dosa-dosa arwah dan tempatkannya dalam golongan yang dikasihinya. Semoga Allah lindungi anak istimewa arwah,” kata @dhianadia87.

“Semoga Allah melindungi dan permudahkan urusan anak istimewanya,” ujar @are_yueiii.

“Allahuakhbar, dah tahu ajal akan sampai,” jelas @macaronsmy.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI