fbpx

Kematian tertinggi Covid-19 di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROSES pengebumian jenazah Covid-19 perlu dilakukan dengan mengikuti prosedur operasi standard bagi mengelak jangkitan.

PUTRAJAYA – Selangor mencatatkan kematian Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 10 kes daripada 55 kes kematian Covid-19 yang dilaporkan.

Menurut data di laman web CovidNow, pertambahan kes kematian itu menjadikan jumlah kumulatif terkini di seluruh negara sebanyak 30,425 kes serta tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Sebanyak lapan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan keseluruhan kes BID sebanyak 6,153 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Negeri-negeri lain yang mencatatkan kematian ialah Terengganu (6), Kuala Lumpur (6), Pulau Pinang (5), Sabah (5), Kelantan (4), Pahang (4), Perak (4), Sarawak (4), Johor (3), Melaka (2) dan Negeri Sembilan (2) serta tiada kematian di Kedah, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 65,153 kes aktif melibatkan 52,954 kes dikuarantin di rumah, 6,539 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,151 kes di hospital, 257 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 252 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 4,879 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,097 kes), Kelantan (574 kes), Johor (494 kes), Sabah (401 kes), Kuala Lumpur (388 kes), Pahang (321 kes), Pulau Pinang (311 kes), Perak (210 kes), Terengganu (200 kes), Negeri Sembilan (148 kes), Melaka (139 kes), Sarawak (98 kes), Perlis (44 kes), Putrajaya (40 kes) dan Labuan (dua kes). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI