fbpx

Sinar buat Orang Asli Kampung Bukit Telaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lian Ker (atas, kanan) membantu memasang panel solar di Kampung Orang Asli Bukit Telaga di sini, baru-baru ini. /FOTO SHEIKH AHMAD RAZIF

RAUB – Program Sinar Solar yang dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan memberi sinar dan kegembiraan kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Telaga, di sini.

Setelah sekian lama menantikan cahaya lampu pemasangan tenaga solar berkenaan memberikan makna yang besar kepada penduduk di kampung yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Bukit Fraser.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, pemasangan tenaga solar yang diterajui Impact Malaysia itu melibatkan 16 buah rumah Orang Asli di kampung berkenaan.

“Kehidupan seharian kita sangat bergantung kepada tenaga elektrik, tanpanya aktiviti seharian tidak akan dapat berjalan lancar, begitulah juga komuniti yang tidak mendapat akses kepada bekalan elektrik tidak akan berpeluang untuk menikmati kemajuan teknologi yang lebih canggih dari semasa ke semasa.

“Saya harap dengan Impact Malaysia kita dapat beri impak baru kepada kehidupan seharian Orang Asli dan memajukan mereka serta membawa mereka mendekati teknologi-teknologi canggih melalui pendigitalan yang memerlukan kemudahan elektrik dan sebagainya,” katanya pada program pemasangan Sistem Solar Rumah di Kampung Orang Asli Bukit Telaga, di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Datuk Abd Aziz Mat Kiram dan Pegawai Daerah Raub, Datuk Mohamad Shahid Ismail.

Menurut Lian Ker, pemasangan sistem solar itu dilakukan oleh 21 sukarelawan yang terdiri daripada belia Kampung Pamah Kulat dan Belia Orang Asli RPS Bilut di sini yang telah diberikan latihan dan tunjuk ajar.

Beliau memberitahu sebelum menyempurnakan inisiatif ini Impact Malaysia menjalankan lima sesi perbincangan fokus berkumpulan bersama-sama komuniti Orang Asli dan belia sekitar Raub bagi mengenalpasti masalah pembangunan yang dihadapi komuniti Orang Asli di sekitar daerah ini.

Sementara itu Batin Kampung Orang Asli Bukit Telaga, Ah Sai Anjak berkata, pemasangan sistem solar itu amat bermakna sekali kepada kira-kira 26 keluarga Orang Asli di kampung berkenaan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI