fbpx

Sanggup tiga tahun didera kerana suami kacak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Li (kanan) sentiasa memaafkan suaminya (kiri) kerana mempunyai wajah kacak.

HUNAM, China – Seorang wanita dari negara ini didakwa sanggup bertahan didera dari segi mental dan fizikal oleh suaminya selama tiga tahun kerana suaminya yang mempunyai wajah yang kacak.

Lapor portal berita Mirror Press, lelaki itu pada awal perkahwinan hanya melemparkan perkataan kesat dan lama kelamaan mula naik tangan.

“Wanita itu dikenali Li sanggup memaafkan suaminya setiap kali lelaki itu meminta maaf dan mendakwa tidak boleh hidup tanpa suaminya,” ujar portal berita itu.

Wanita itu turut didakwa sudah bertahan dengan sikap suaminya itu kerana lelaki itu mempunyai wajah yang kacak dan merupakan cinta pertamanya.

Menurut sumber, ibu bapa dan ahli keluarga juga sudah menasihati wanita tersebut untuk berpisah dengan suami, namun wanita itu enggan mahu melepaskan.

Menurut sumber menerusi portal berita itu, suami sudah bersetuju menceraikan isterinya yang sedang mengandung itu dan berjanji akan menjaga bayi dalam kandungan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI