fbpx

Lebih RM10 juta basmi kemiskinan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ganabatirau.

SHAH ALAM- Kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM10.013 juta bagi program bantuan pembasmian kemiskinan yang diperkenalkan sejak tahun 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio-Ekonomi, Kebajikan Masyarakat, Pemberdayaan Pekerja, Kerajaan Prihatin Selangor, V. Ganabatirau berkata, peruntukan tersebut diberikan kepada 2,642 orang yang telah memohon untuk bantuan program terbabit.

“Untuk Hulu Hangat sahaja, seramai 212 orang diluluskan permohonan sebanyak RM902,450.

“Bantuan yang diberikan merangkumi pemberian alatan yang diperlukan mereka (bagi meningkatkan pendapatan bulanan mereka),” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Zakaria Hanafi (PN-Semenyih) berhubung keberkesanan program bantuan pembasmian kemiskinan sepanjang tahun ini.

Jelas Ganabatirau, individu yang ingin mendapatkan bantuan tersebut perlu memohon daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) daerah masing-masing yang telah diberikan peruntukan berkaitan program itu.

“Hasil kajian daripada Institut Darul Ehsan (IDE) pada tahun 2018 berhubung program ini mendapati 95 peratus daripada penerima memaklumkan bahawa bantuan yang diperoleh dapat meningkatkan pendapatan bulanan mereka,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI